'Cash is King': Perbezaan pendapat hala tuju ekonomi

SHAH ALAM: Frasa 'Cash is King' sebenarnya menggambarkan perbezaan pendapat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengenai hala tuju ekonomi negara.

Najib mempersoalkan ramai yang memberi komen tidak mendapat gambaran yang tepat mengenai frasa berkenaan.

Menurutnya, beliau mengakui pernah menggunakan frasa berkenaan kepada Dr Mahathir ketika hubungan mereka baik tetapi maksud frasa itu bukan untuk memberi wang tunai, membeli sokongan atau untuk merasuah.

"Pada masa itu, Dr Mahathir tidak bersetuju tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), langkah rasionalisasi subsidi, gaji minima dan langkah menaikkan gaji dan bonus penjawat awam.

"Beliau percaya bahawa kos pekerja dan kos perdagangan (yang direndahkan oleh subsidi) di Malaysia patut tetap direndahkan kerana jika kos tinggi, maka pelabur-pelabur asing tidak akan melabur di Malaysia manakala pendapat saya adalah sebaliknya," katanya dalam laman Facebooknya, Selasa.

Najib percaya pelaburan-pelaburan yang memerlukan pekerja bergaji rendah akan memilih negara lain di mana gaji di sana lebih rendah dari Malaysia manakala terdapat banyak ketirisan dan penyeludupan jika subsidi diteruskan.

Jelasnya, beliau memilih untuk pelaburan-pelaburan di Malaysia bukan dibuat sekadar mereka mahu pekerja yang bergaji rendah tetapi berdasarkan teknologi tinggi, infrastruktur dan sistem percukaian yang menarik di mana pekerjaan yang diwujudkan merupakan pekerjaan mahir dan berpendapatan tinggi.

"Manakala wang yang kerajaan perolehi dari rasionalisasi subsidi dan Cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk BR1M, gaji yang lebih tinggi dan projek-projek pembangunan infrastruktur.

"Saya nyatakan bahawa "Cash is King" kepada Dr Mahathir kerana kerajaan tidak sepatutnya menentukan untuk rakyat mendapat pertolongan dalam bentuk subsidi dan kita pulangkan "cash" dalam bentuk BR1M untuk mereka menentukan sendiri di mana mereka mahu belanjakan wang bantuan ini," katanya.

Beliau turut memberi contoh, sekiranya mereka mahu menggunakan wang itu untuk membeli petrol, maka rakyat sendiri memilih untuk mendapat subsidi petrol bukan ditentukan oleh kerajaan.

Katanya, bukan semua rakyat akan mendapat manfaat terus jika harga gula murah kerana ada yang memilih tidak mahu mengambil banyak gula dan ada juga yang tidak menerima manfaat terus melalui subsidi petrol kerana mereka tidak memiliki kereta.

"Oleh itu, kita bagi "cash" untuk rakyat sendiri memilih ke mana ianya patut dibelanjakan.

"Pendapat saya ialah gaji dan pendapatan warganegara di Malaysia terlalu rendah setelah sekian lama dan patut dinaikkan. Negara maju mana yang gaji pekerja mereka masih rendah?," katanya. - Sinar Harian

Najib Razak, Tun M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SPRM serbu pejabat Felcra di Setapak

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain