suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib ditahan SPRM

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, bekas perdana menteri itu ditahan pada pukul 4.13 petang Rabu di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya.

"Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara," menurut kenyataan itu, Rabu.

Najib akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, jam 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah.

Dalam pada itu, SPRM turut akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam keterangan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah pada Khamis.

"Ia bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001," tambah kenyataan itu.

Najib Tun Razak, 1MDB, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain