suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua pengasuh mungkin perlu berdaftar dengan KPWKM

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji perubahan undang-undang untuk memastikan semua pengasuh berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri berkata demikian bagi mengulas mengenai kes seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Seremban selepas mengalami pendarahan otak semasa di bawah jagaan pengasuh.

Dr Wan Azizah berkata, satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan di bawah kementerian itu, yang juga meneliti tentang pendaftaran pengasuh.

Beliau berkata, semua pengasuh di negara sepatutnya berdaftar bagi memastikan mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

Kementerian juga sedang meneliti untuk menambah baik perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di negara ini, selain mahu mengkaji semula undang-undang berkaitan.

"Laporan (kita terima) mengatakan bahawa pengasuh tidak mempunyai sebarang latihan dari kementerian.

"Ini merupakan salah satu yang tiada dalam undang-undang, yang tidak mewajibkan mereka yang mengasuh kurang dari empat kanak-kanak bagi mendapat latihan dari kementerian.

"Sekarang, kita perlu memperketatkan undang-undang," katanya pada Sabtu.

Berhubung kes di Seremban baru-baru ini, ibu kanak-kanak itu membawa anak-anak itu ke hospital selepas pengasuh memberitahu anaknya tidak sedarkan diri.

pengasuh

Artikel Lain