suria

Bidaan RM1,111,111 untuk nombor plat 'Malaysia 1', paling mahal setakat ini

PUTRAJAYA: Nombor plat pendaftaran kenderaan khas "Malaysia 1" memecah rekod sebagai bidaan paling tinggi yang pernah dibuat untuk satu nombor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bidaan tersebut dimenangi oleh Aldi International Sdn Bhd berjumlah RRM1,111,111.

"Bidaan untuk nombor plat khas "Malaysia 1" sehingga "Malaysia 9999" dibuka kepada orang ramai dari 1 Ogos sehingga 15 Ogos lalu.

"Sebanyak 3,353 bidaan bagi nombor-nombor tersebut, dengan bidaan tertinggi berjumlah RM1,111,111 untuk 'Malaysia 1'.

"Kerajaan memperoleh RM13.1 juta bagi sejumlah bidaan tersebut, dan ia akan teruskan dimasukkan ke tabung kerajaan," kata Loke pada sidang media di sini, Jumaat.

Rekod yang dipecahkan terdahulu adalah nombor pendaftaran "V1", yang bernilai RM989,000.

Terdapat baku 6,645 nombor pendaftaran bagi siri Malaysia, di mana orang ramai boleh membuat bidaan mereka secara dalam talian atau mengunjungi ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.

JPJ, nombor plat

Artikel Lain