Lelaki rakyat Malaysia menyewa di Singapura mangsa seks oral tuan rumah bapa tiga anak - Semasa | mStar

Lelaki rakyat Malaysia menyewa di Singapura mangsa seks oral tuan rumah bapa tiga anak

Waduge Buddhika Upashantha Fernando dijatuhi hukuman kerana melakukan kesalahan seks oral ke atas seorang penyewa rakyat Malaysia. Foto Strait Times/WONG KWAI CHOW

SINGAPURA: Seorang bapa tiga anak yang melakukan seks oral terhadap penyewa di rumahnya tanpa rela dijatuhi hukuman penjara enam tahun dengan tiga sebatan pada Khamis.

Hakim, Kessler Soh memberitahu bekas jurutera projek, Waduge Buddhika Upashantha Fernando, 38: "Apa yang kamu lakukan adalah menjijikkan, kamu tidak boleh melakukan kesalahan itu lagi."

Warga singapura yang berasal dari Sri Lanka itu, mengaku bersalah pada Jun lalu terhadap pertuduhan kerana melakukan seks tanpa hubungan kelamin, secara paksaan.

Dia melakukan kesalahan itu di flat Kim Keat Avenue di Toa Payoh di mana dia tinggal bersama keluarganya. 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada keluarganya berada di rumah semasa kejadian.

Penyewa merupakan seorang tukang masak warga Malaysia berusia 28 tahun, tinggal di unit tersebut selama kira-kira empat bulan sebelum kejadian.

Mangsa tidak banyak bercakap dengan ahli keluarga tuan rumah yang lain, berikutan dia sering keluar seawal pukul 9 pagi dan kembali hanya pada pukul 11 malam setiap hari.

Timbalan Pendakwa Raya, Marshall Lim berkata, pada 10 November tahun lalu, mangsa pulang ke rumah kira-kira pukul 11.30 malam dan tertidur di biliknya kira-kira setengah jam kemudian.

Fernando pulang ke rumah pada kira-kira pukul 3 pagi dan mahu keluar kembali ke pasar berdekatan apabila dia mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim bersama dengan lelaki lain.

Penyewa terbangun kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati Fernando sedang melakukan kesalahan itu ke atas dirinya.

Lim berkata: "Mangsa menjerit dan menendang tertuduh sekuat hati. Tertuduh meninggalkan bilik dan kemudian meninggalkan flat itu serta-merta. Mangsa terkejut dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak."

Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis kira-kira sejam selepas kejadian. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal