suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Jong Nam: Nasib dua wanita asing diketahui hari ini

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis akan menentukan keputusan di akhir pendakwaan terhadap dua wanita yang berdepan tuduhan membunuh Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Azmi Ariffin akan menentukan samaada wanita warga Indonesia Siti Aisyah dan wanita warga Vietnam Doan Thi Huong perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan.

Kedua-dua wanita itu akan diperintah membela diri sekiranya mahkamah mendapati wujud prima facie terhadap kedua-duanya sebaliknya dibebaskan sekiranya terdapat sebarang elemen yang tidak cukup untuk mensabitkan kedua-dua wanita itu.

Kes berkenaan selesai dibicarakan selama 39 hari bermula 29 Oktober tahun lalu.

Sebanyak 236 bahan bukti dikemukakan termasuk pakaian milik kedua-dua tertuduh dan mangsa serta rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan pertuduhan, Siti Aisyah, 26, dan Thi Huong, 29, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada jam 9 pagi, 13 Februari 2017

Mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pertama kali pada 1 Mac 2017, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Siti Aisyah diwakili peguam Gooi Soon Seng, manakala Thi Huong diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Kes pembunuhan Kim Jong-nam mendapat perhatian media antarabangsa selepas beliau dibunuh dengan menggunakan agen saraf VX, ketika berada di KLIA2 untuk penerbangan ke Macau.

Manngsa yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Rentetan daripada itu, dua wanita warga Indonesia dan Vietnam ditahan dua hari kemudian menerusi pengecaman CCTV di KLIA2.

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong-il, hidup dalam buangan di China dan Asia Tenggara selepas dikatakan bergaduh dengan bapanya.

Artikel Lain