“Gajah patah balik pijak kereta saya”

Mohd Khairul menerima 20 jahitan akibat hentakan.

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila Toyota Avanza dipandu terlibat dalam kemalangan dengan seekor gajah di Batu 8, Jalan Mawai ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sedili, malam kelmarin.

Mangsa, Mohd Khairul Abdul Karim, 33 berkata,  kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam di mana kereta dipandunya tidak sempat mengelak lalu terlanggar kaki salah seekor sekawan gajah yang berada di tengah jalan.

"Saya tak nampak kehadiran sekawan gajah yang dianggarkan antara tiga dan empat ekor kerana jalan ketika itu gelap saya pula menggunakan lampu rendah masa tu.

"Selepas melanggar kaki seekor gajah saya panik lalu segera keluar daripada kenderaan kerana bimbang diserang gajah berkenaan walaupun gajah terbabit menuju ke dalam hutan berhampiran," katanya.

Bagaimanapun, katanya, gajah berkenaan kemudiannya datang kembali ketika dia sedang menghubungi isterinya untuk dapatkan bantuan perubatan.

"Tak sangka ketika kami sedang menunggu kehadiran ambulans, sekawan gajah yang sama berpatah balik ke arah kereta saya, lalu memijak kenderaan hingga remuk di bahagian hadapan sebelum melarikan diri ke hutan semula," katanya.

Bapa kepada empat anak berkata ekoran kemalangan itu menyebabkan dia mengalami cedera di bahagian muka kiri membabitkan pipi, bibir dan kelopak mata hingga menerima 20 jahitan akibat hentakan.

Dia yang bekerja dengan Felda turut meluahkan rasa syukur kerana sempat menyelamatkan diri setelah melanggar gajah berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Disahkan kejadian berlaku kira-kira pukul 10.20 malam di Batu 8 Jalan Mawai di mana kenderaan mangsa melanggar seekor gajah yang melintas di jalan secara tiba- tiba bersama tiga kawanan gajah," katanya. - Sinar Harian

gajah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain