suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang cedera helikopter terhempas

PETALING JAYA: Sebuah helikopter yang sedang membuat penerbangan ujian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, di sini, terhempas pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.05 pagi.

“Helikopter jenis Robinson R-66 milik syarikat Systemic Aviation Sdn Bhd dipercayai terhempas semasa membuat penerbangan ujian di kawasan padang di lokasi.

“Tiada kemalangan jiwa, juruterbang hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya, setakat ini masih tiada laporan dibuat pihak terbabit.

Menurut beliau, insiden bagaimanapun tidak mengganggu operasi harian LTSAAS Subang. - Sinar Harian

helikopter terhempas

Artikel Lain