suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setia jangan sampai jadi penjenayah - PM

PUTRAJAYA: Kesetiaan penjawat awam seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), polis dan tentera kepada kerajaan tidak sepatutnya sehingga sampai ke tahap mengikut arahan yang bertentangan dengan undang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika pegawai kerajaan mendapati tugas yang diberikan adalah jelas salah atau berunsur jenayah, mereka tidak seharusnya mengikut sahaja arahan tersebut.

"Anda tidak perlu ikut semua arahan. Hanya ikut arahan yang tertakluk di bawah dasar-dasar kerajaan,” katanya pada sesi town hall bersama 3,500 PTD di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Kalau saya sebagai perdana menteri suruh bunuh orang, adakah anda akan buat? Ada beza antara arahan yang mengikut dasar tertentu dengan arahan melakukan jenayah,” katanya.

Dr Mahathir berkata adalah salah jika pengawai kerajaan menerima arahan untuk melakukan jenayah, seperti menyembunyikan bukti jenayah. - Bernama

Mahathir Mohamad, PTD

Artikel Lain