Bapa tetak anak seorang penyayang, sepupu tak percaya suspek jadi kejam

Gambar daripada Facebook.

SERDANG: "Dia seorang bapa penyayang tetapi pengaruh dadah menyebabkannya tergamak membunuh anak sendiri," kata anggota keluarga kanak-kanak yang ditetak mati oleh bapanya sendiri di Flat Puchong Permai, Subang Jaya, pada Isnin.

Sepupu kepada bapa kanak-kanak itu, Zaidi Said, 46, berkata beliau masih sukar mempercayai kejadian yang menimpa keluarganya itu dan beliau tidak menyangka sepupunya boleh bertindak sekejam itu terhadap anak sendiri kerana dia sayangkan anaknya itu, kata Zaidi ketika ditemui Bernama pada Selasa.  

"Dia seorang yang baik dan sebelum ini ibu saudaranya ada memberi cadangan untuk menjaga anaknya namun dia menolak atas alasan masih mampu menjaga anaknya," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tetak anak sampai mati

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.40 petang itu, bapa berusia 35 tahun itu dikatakan telah menetak tiga kali kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya berusia lima tahun, yang sedang tidur.

Lelaki itu ditahan polis di flat yang sama dan siasatan mendapati dia positif dadah jenis syabu (Methamphetamine) selain dilaporkan ketagih air ketum dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.  

Bagaimanapun, usaha Bernama untuk mendekati ibu mangsa , 24, gagal kerana masih bersedih dan belum bersedia untuk ditemu bual.Ibu mangsa bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat belah belah di Puchong.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata proses bedah siasat kanak-kanak itu di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang selesai kira-kira jam 1.30 petang ini dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kroh, Karak, Pahang petang ini.

Beliau juga berkata lelaki itu akan direman selama tujuh hari.

tetak anak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain