Najib perlu ‘faham-faham sendiri’ jarakkan diri daripada Umno

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyarankan bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak supaya 'faham-faham sendiri' bila masa beliau perlu jarakkan diri daripada Umno.

Katanya, Najib sepatutnya mengambil langkah yang sama seperti mana yang pernah dilakukan oleh bekas Presiden Umno iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Di masa lepas kalau kita tengok masa Mahathir menyerahkan jawatan beliau kepada Pak Lah, walaupun ketika itu dia MP Kubang Pasu tapi dia mengundur diri 100 peratus.

"Membolehkan Pak Lah ketuai parti dan mendatangkan kemenangan besar kepada BN pada 2004, perkara yang sama bila Pak Lah bagi kat Najib.

"Umno macam susah selagi Najib tidak jarakkan diri, kita masih lagi bawah bayang-bayang dia, jadi dia faham sendiri, mesti ikut jejak Tun Mahathir dan Pak Lah," katanya kepada pemberita di Parlimen, Selasa.

Nazri merujuk komen daripada Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa Najib boleh dianggap sebagai liabiliti dalam usaha Umno untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.

Ahmad Zahid kini menyandang jawatan Presiden Umno selepas Najib.

Katanya lagi, Najib perlu memberi ruang sepenuhnya kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Sudah tentulah Zahid, beliau segan nak cakap, ini bukan soal setia atau tidak setia.

"Ini soal sayang parti apatah lagi sekarang ini Najib didakwa, jadi kalau dia masih lagi tak lepas sepenuhnya pada presiden baru untuk parti 'to move on' susah lah kita," katanya.

Jelasnya, agak sukar untuk Umno menyarankan Najib jauhkan diri daripada Umno kerana beliau merupakan bekas presiden parti.

"Agak sukar untuk kita sebab dia bos kita dulu tapi dia kena faham, ikut teladan Tun Mahathir ... jangan tunggu sampai kita suruh.

"Tak eloklah dia mesti faham, Umno tiada dosa apa, soal pendakwaan, kepada dia bukan parti.

"Tapi selagi tak boleh jarakkan diri maknanya parti akan terpalit dan sukar untuk kita bergerak," katanya. - Sinar Harian

Najib Razak, Nazri Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain