suria

Terjemahan khutbah Arafah dalam bahasa Melayu

MAKKAH: Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan kerajaan Arab Saudi telah menyediakan terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu.

Sheikh Abdul Rahman berkata kemudahan  itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris.

Sheikh Abdul Rahman sendiri dijangka menyampaikan khutbah Arafah pada musim Haji tahun ini dalam bahasa Arab.

"Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Melayu, yang merupakan  sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah, dan fahaman ini  berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina,  Singapura, Indonesia dan Malaysia.

"Urdu adalah bahasa rasmi Pakistan, dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tempat lain di Asia Selatan, manakala Parsi pula bahasa rasmi  Iran, seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” katanya kepada editor media di  sini.

Beliau berkata terdapat bilik keselamatan yang dikawal rapi lengkap dengan kemudahan bagi penterjemah, mengambil kira spesifikasi kepentingan dan pengaruh, di mana terjemahan dilakukan serentak bermula daripada awal khutbah.

Khutbah Arafah akan diadakan di Masjid Nemra di Dataran Arafah, meliputi kawasan seluas 110,000 meter persegi.

Khutbah itu akan disiarkan segera sebelum jemaah menunaikan solat Zuhur dan Asar dalam satu perhimpunan ringkas, bagi mengikuti sunnah Nabi  Muhammad SWT.

-- Bernama
Arafah

Artikel Lain