SEORANG pempengaruh media sosial direman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes disyaki merogol dan merakam gambar lucah membabitkan seorang remaja perempuan bawah umur pada Jun lalu.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek berusia 23 tahun itu bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur. Susulan itu, perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar pada Isnin.Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 17 Jun selepas suspek didakwa membawa mangsa berusia 14 tahun 11 bulan ke sebuah rumah sewa di Kangar, Perlis.Yusharifuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, suspek turut dipercayai merakam gambar (pornografi) mangsa ketika kejadian.Katanya, mangsa dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada Isnin.Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.