suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengku Arif Bendahara Pahang hembus nafas terakhir

KUANTAN: Adinda kepada Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar, 78, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di ibu negara pagi Isnin akibat sakit barah.

Adinda kepada Tengku Abdullah, Datuk Seri Sulaiman Sultan Abu Bakar berkata, kekandanya meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi Isnin.

“Beliau dibawa pulang ke Pekan untuk disemadikan di Makam Diraja Pekan petang ini,” katanya yang dihubungi Bernama di sini.

Tengku Arif Bendahara adalah bapa mertua kepada mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri  Hishammuddin Tun Hussein.Beliau meninggalkan seorang isteri Puan Sri Habibah Yusof dan tiga anak iaitu Tengku Marsilla, Tengku Bakar dan Tengku Shaheera.

Tengku Arif

Artikel Lain