suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M ingin batal kerjasama bernilai bilion ringgit dengan China

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada Isnin bahawa beliau akan membatalkan projek infrastruktur China bernilai bilion ringgit yang dipersetujui sebelum ini.

Tindakan itu akan diambil memandangkan kerajaan ingin mengeluarkan negara daripada hutang.

Beliau turut menyelar tindakan Myanmar yang langsung tidak adil terhadap puak minoriti Rohingya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika temu bual bersama agensi berita The Associated Press sebelum bertolak ke Beijing untuk lawatan pertamanya ke negara itu selepas mengambil alih pentadbiran Malaysia sejak tiga bulan lalu.

Perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata, beliau ingin mengekalkan hubungan baik dengan China dan mengalu-alukan pelaburan negara itu selagi projek tersebut membawa manfaat kepada Malaysia.

Projek itu diinisiatifkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan beberapa pertuduhan berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai bilion ringgit.

"Kami tidak rasa kami perlukan dua projek tersebut. Kami tidak rasa ia berdaya maju. Jadi sekiranya kami boleh, kami akan membatalkan projek itu," kata beliau.

Ketika bergelar perdana menteri, Najib menjalinkan hubungan yang erat antara Malaysia dan China.

Ia dilihat sebagai peranan utama dalam inisiatif perdagangan global 'One Belt, One Road' di negara pelbagai etnik Asia Tenggara.

Bekas perdana menteri itu meraih persetujuan untuk membina Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 688 kilometer dan dua saluran paip gas pada 2016.

Tun M

Artikel Lain