"Kritik boleh, jangan fitnah" - Mat Sabu

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan beliau tidak boleh menerima fitnah atau unsur fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Menerusi satu kenyataan media pada Sabtu, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, beliau berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang mengkritik atau menegur dirinya dengan tujuan untuk perbaiki prestasinya yang memegang portfolio Menteri Pertahanan.

"Saya menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), bekas Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)  dan bekas Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin).

"Saya dan kementerian menganggap ia sebagai satu teguran untuk menilai dan memperbaiki prestasi serta kesungguhan untuk menerajui kementerian ini.

"Akan tetapi saya tidak boleh menerima sekiranya fitnah dilemparkan kepada saya.

"Kritikan dan pandangan sinis adalah perkara biasa yang perlu kita ambil perhatian sebagai menteri atau sebagai peminpin kepada satu organisasi yang besar," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Najib mempertikaikan kemampuan Mat Sabu menjadi Menteri Pertahanan kerana menyifatkan Presiden Amanah itu lebih seperti 'bahan lawak' dalam laporan media baru-baru ini sejak dilantik ke jawatan itu.

Manakala Hishammuddin memberi memberi 'peringatan' kepada Mohamad bahawa tempoh bulan madu untuk Kementerian Pertahanan sudah tamat dan kini masanya untuk bekerja.

Mat Sabu, kritik

Artikel Sebelum

"Kapal Equanimity milik kita"

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain