suria

Gangguan seksual: "Tunjuk laporan polis" - KKM

SERDANG: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Azman Abu Bakar meminta supaya pendedahan laporan polis berhubung seorang ketua jabatan ortopedik yang didakwa melakukan gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor pelatih dakwa jadi mangsa gangguan seksual ketua jabatan

ARTIKEL BERKAITAN: KKM tubuh Badan Penyiasatan Bebas siasat kes gangguan seksual doktor pelatih

Dr Azman berkata, terdapat banyak dakwaan yang dibuat tetapi beliau tidak dapat menjumpai sebarang laporan polis berkaitan dengan kes tersebut.

"Sila tunjukkan laporan polis kepada kami," katanya, ketika diminta mengulas mengenai kes ketua jabatan hospital yang dikatakan membuat gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita.

Dr Azman berkata, beliau berusaha untuk mendapatkan laporan polis berkaitan dengan kes tersebut.

Polis turut telah pergi ke hospital berkenaan untuk melakukan siasatan, tetapi tidak menjumpai laporan berkenaan.

Pada Isnin, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa kementerian akan menubuhkan Badan Penyiasatan Bebas untuk menyiasat dakwaan gangguan seksual ke atas doktor pelatih oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital.

Badan tersebut akan menggabungkan KKM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi kerajaan berkaitan untuk tujuan tersebut.

Pada Ahad, The Star melaporkan kes yang melibatkan gangguan seksual dan buli oleh ketua jabatan ortopedik di sebuah hospital di Lembah Klang.

Laporan tersebut memaklumkan bahawa terdapat seorang Ketua Jabatan Ortopedik yang berkhidmat di hospital milik kerajaan membuat gangguan seksual beberapa kali terhadap pegawai di bawah seliaannya.

Ditanya sama ada beliau menafikan bahawa gangguan seksual itu berlaku, Dr Azman berkata, beliau dia tidak berkata demikian, tetapi menambah bahawa media seharusnya "adil".

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, media juga perlu mendapatkan gambaran penuh berhubung perkara itu daripada polis dan pegawai perubatan serta pakar.

gangguan seksual

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain