suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azharuddin letak jawatan sehari selepas laporan MH370 diumum

PUTRAJAYA:Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, yang sentiasa menjadi perhatian awam susulan tragedi pesawat MH370 dan MH17,  mengumumkan meletak jawatan sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Beliau menghantar surat itu hari ini dan peletakan jawatan itu berkuat kuasa 14 Ogos.

Azharuddin memberikan notis peletakan jawatan itu sehari selepas Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Bagi MH370  Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia, mengeluarkan Laporan Penyiasatan Keselamatan MH370.

"Dengan rasa dukacita dan selepas memikirkan dan membuat pertimbangan mendalam, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi  CAAM  berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis letak jawatan yang saya serahkan hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Sejak empat tahun lepas, Azharuddin berkata beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu dalam misi pencarian pesawat malang Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac, 2014, semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.-Bernama

Azaharuddin, MH370, CAAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain