suria

Kesihatan Muhyiddin semakin pulih selepas jalani pembedahan

KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada 12 Julai lalu.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini berkata banyak pertanyaan diterima mengenai tahap kesihatan Anggota Parlimen Pagoh itu yang kini berehat selepas menjalani pembedahan.

“Syukur Alhamdulillah, kami ingin memaklumkan bahawa tahap kesihatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin amat baik dan semakin pulih. Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada beliau,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dimuat naik di akaun Facebook rasmi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu beserta dua keping gambar beliau.

Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin. - Bernama


Muhyiddin Yassin

Artikel Lain