suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat MAS patah balik akibat masalah teknikal

PETALING JAYA: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Brisbane ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah teknikal.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, MAS mengesahkan pesawat MH134 berpatah balik selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane kira-kira pukul 11.18 malam Rabu.

Maklumat terperinci mengenai masalah teknikal itu tidak disediakan.

"Keselamatan semua penumpang dan anak kapal amat penting setiap masa dan kapten bertanggungjawab membuat keputusan kembali semula ke Brisbane," kata MAS.

Pesawat itu yang dijadualkan tiba di Kuala Lumpur kira-kira pukul 5.50 pagi Khamis selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada pukul 12.34 tengah malam Rabu.

"Pesawat sedang melalui pemeriksaan teknikal dan proses dibaiki," kata MAS.

MAS memaklumkan penginapan hotel, makanan dan pengangkutan turut disediakan kepada semua penumpang.

"MAS juga berusaha keras untuk memastikan penumpang dipindahkan ke destinasi mereka dalam jangka masa munasabah.

"MAS amat menyesali kesulitan yang dihadapi penumpang dan gangguan tidak dijangka kepada rancangan perjalanan mereka," katanya.

Seorang penumpang pesawat MH134 menghantar satu pesanan mesej kepada editor di The Star malam Rabu mendedahkan bahawa kapten mengumumkan pesawat itu perlu berpatah balik ke Lapangan Terbang Brisbane kerana masalah teknikal selepas 40 minit di udara.

Namun kapten penerbangan tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai masalah teknikal itu.

MAS, MH134

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain