suria

MP tak hadir mungkin hilang kelayakan

Liew Vui Keong.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen yang dipilih, yang tidak hadir pada majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat pada Isnin mungkin menghadapi kemungkinan hilang kelayakan, kata Datuk Liew Vui Keong.

"Ahli Parlimen yang dipilih, yang tidak mengangkat sumpah pada Isnin mungkin hilang kelayakan dalam tempoh enam bulan dari 16 Julai sekiranya mereka gagal untuk mengangkat sumpah sebagai mana termaktub di bawah Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, yang merupakan anak lelaki kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman gagal menghadirkan diri di Dewan Rakyat pada Isnin.

Vui Keong berkata, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah menghantar notis yang menyatakan beliau ketika ini cuti sakit selama sebulan.

Beliau menambah, Dewan Rakyat akan membuat sesi lain untuk Muhyiddin mengangkat sumpah.

"Bagi YB (Yang Berhormat) Sipitang, kita tidak menerima sebarang pemberitahuan menerusi surat mengenai sebab beliau tidak dapat menghadirkan diri untuk mengangkat sumpah pada Isnin," kata Vui Keong.

Artikel Lain