Semua salah Najib! - Semasa | mStar

Semua salah Najib!

PETALING JAYA: Alasan ‘semua salah Najib’ sudah menjadi prosedur standard operasi (SOP) kerajaan Pakatan Harapan (PH), demikian dakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Presiden Umno mahu amalan berkenaan dihentikan.

Dalam entri terbaharu di Facebooknya pada Sabtu, Najib memberitahu, alasan seumpama ini adalah tidak adil bagi rakyat, apatah lagi mereka mengharapkan yang lebih baik dari kerajaan baharu, atau adakah mereka akan terus dibelenggu dengan harapan?

"Pada ketika ini, hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Parlimen bermula, identiti Yang Dipertua Speaker masih lagi belum dikenal pasti dan ini menjurus kepada pelbagai debat awam mengenai siapakah yang akan mengisi jawatan itu.

"Parlimen adalah badan tertinggi negara ini. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi?

"Jika tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baharu ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang (Rule of Law)?

"Sekarang terdapat debat dan persoalan di kalangan rakyat, ahli-ahli politik dan NGO-NGO, jika keluhuran undang-undang telah dipatuhi dan siapakah paling layak dilantik sebagai Yang DiPertua Speaker," katanya.

Najib memetik Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran apabila mendakwa pihak yang mengajukan keresahan ini hanya mensensasikan isu perlantikan bagi mengalih perhatian terhadap penindasan politik terhadap beliau.

Katanya, beliau bukan lagi perdana menteri atau berada dalam kerajaan yang mentadbir.

"Kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu perlantikan speaker ini?."


Najib , Yang Dipertua , SOP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat maut nahas enam kenderaan

Artikel Berkaitan

Polis dilihat di rumah Najib

Lebih Artikel