Kahwin kanak-kanak 11 tahun: 'Suami' akui tak mahu berpisah, sedia terima hukuman - Semasa | mStar

Kahwin kanak-kanak 11 tahun: 'Suami' akui tak mahu berpisah, sedia terima hukuman

GUA MUSANG: Lelaki berumur 41 tahun yang berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Sungai Golok, selatan Thailand pada 18 Jun lepas, sedia berdepan dengan tindakan undang-undang.

Che Mohd Karim Che Hamid berkata beliau sudah memberi kerjasama penuh kepada semua pihak yang menjalankan siasatan berhubung pernikahannya itu dan sedia menerima hukuman jika bersalah.

Bagaimanapun, dia tetap tidak akan berpisah dengan isterinya itu dan bersedia  menunggu lima tahun lagi sehingga isterinya mencapai umur 16 tahun untuk tinggal bersama dalam sebuah keluarga, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Panggong Lalat di sini, hari ini.

Akhbar pada Selasa melaporkan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan Zaini Sulaiman berkata peraih getah berkenaan boleh didakwa mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002  atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan tidak mendapat kebenaran isteri untuk berpoligami.

"Saya rasa tidak bersalah kerana saya nikah juga diwakil wali bapa budak perempuan itu dan nikah gantung sehingga lima tahun lagi sebelum boleh tinggal bersama," kata Che Mohd Karim.

"Pernikahan itu sudah diperjelaskan jurunikah Thailand terbabit supaya jangan tinggal bersama lagi kerana isteri ketiga saya bawah umur," kata lelaki itu yang berasal daripada Gua Musang.

Nikah gantung bermaksud pernikahan berlaku antara pasangan tetapi tidak duduk serumah  untuk satu tempoh tertentu yang ditetapkan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Walaupun tidak tinggal bersama, Che Mohd Karim berjanji untuk menjaga isteri ketiganya itu dengan baik sama seperti dua lagi isterinya serta enam anak.

"Walaupun isteri ketiga itu tinggal bersama ibu bapanya dan terpaksa tunggu lima tahun lagi untuk tinggal bersama saya, namun nafkah segala perbelanjaan tetap saya tanggung termasuk juga diberi pendidikan agama," katanya.

Keluarga budak perempuan berkenaan yang merupakan warga Thailand tinggal di Gua Musang dengan mengambil upah menoreh getah.

Sebelum ini, beberapa keping  gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan  perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial  sejak Jumaat lepas setelah perkara itu dikongsikan isteri kedua lelaki terbabit.

Berikutan itu, pengguna laman sosial pelbagai lapisan masyarakat  mengecam  tindakan lelaki  terbabit dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.-Bernama

kahwin , 11 tahun

Artikel Sebelum

Abah KJ datang jumpa 'bro' Saddiq

Artikel Berikut

KTMB tak mahu ada lantikan politik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain