suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abah KJ datang jumpa 'bro' Saddiq

PETALING JAYA: Kehadiran Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada hari pertama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan berjaya mencuri tumpuan.

Rata-rata netizen memuji sikap Khairy yang juga bekas menteri di kementerian itu kerana mengamalkan budaya politik matang walaupun hilang kedudukan selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya yang lalu.

Khairy bersama bekas timbalannya, Datuk M. Saravanan hadir pada majlis penyerahan tugas di kementerian itu, pagi Selasa.

Beliau yang bertugas sebagai menteri di kementerian itu bermula 2013 hingga 2018 sebelum ini mesra disapa dengan panggilan 'abah' dalam kalangan netizen.

Seakaan meneruskan amalan 'mesra rakyat' itu, Syed Saddiq ketika berucap pada sesi ringkas bersama warga kerja KBS turut tidak mahu dilayan secara formal dengan panggilan 'yang berhormat' atau 'YB'.

Sebaliknya beliau menyatakan bahawa lebih selesa dipanggil 'bro Saddiq'.

"Lain kali panggil saya bro Saddiq...ini serius. Setiap kali orang panggil YB, saya rasa seperti orang tua," katanya.

Syed Saddiq, Khairy Jamaluddin

Artikel Lain