suria

'Sultan Melaka' bebas tuduhan menipu

MELAKA TENGAH: Noor Jan Tuah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Melaka Ayer Keroh di sini atas empat tuduhan menipu empat lelaki dengan melakukan penyamaran sebagai Sultan Melaka lima tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes.

Mengikut pertuduhan satu hingga empat, Noor Jan, 61, didakwa telah menyamar dan memperdaya empat individu, Zaamat Md Idris, 68; Mokhtar Md Yusof, 59; Ahmad Zainuddin Abdul Hamid, 66, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 37.

Tertuduh dengan jalan samaran didakwa mengadakan istiadat penyerahan surat pelantikan dirinya sebagai Sultan Melaka sedangkan itu bukan identiti sebenarnya.

Bagi kesalahan itu, Noor Jan dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada majlis istiadat di A’Famosa Resort Melaka, jam 10 malam, 28 Disember 2013.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim.

Noor Jan yang memakai baju sut hitam bertali leher kuning diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Terdahulu, Noor Jan yang merupakan seorang ahli perniagaan dipanggil sejak hari pertama perbicaraan pada 21 Disember 2016 dan seramai 16 saksi dipanggil sepanjang prosiding dijalankan. -SinarHarian

Sultan Melaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain