suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM tak ke Dubai, tunggu Jho Low pulang ke Malaysia

PETALING JAYA: "Maaf Jho Low, kami tidak akan jumpa kamu di Dubai, balik ke Malaysia untuk berbincang," demikian kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya masih lagi giat memburu dalang di sebalik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Malah, terdapat laporan pada bulan lalu yang menyatakan Jho Low sedang membuat persediaan untuk bertemu SPRM di Dubai.

"Bukan sahaja SPRM, agensi penguatkuasaan seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dan Singapura juga sedang memburunya.

"Dia rakyat Malaysia, balik la ke Malaysia," ujar Shukri.

Sementara itu, Shukri turut menggesa mana-mana individu, parti politik, persatuan dan syarikat yang dibekukan akaun supaya hadir bertemu SPRM.

"Kami mahu mereka menyerahkan semula dana itu secara sukarela kerana ia duit haram. Ini adalah duit rakyat.

"Jika mereka tidak berbuat demikian, kami akan mendakwa mereka mengikut lunas undang-undang yang ada.

"Pasukan penyiasat 1MDB berjanji untuk mengembalikan semula semua wang yang digunakan secara haram," ujarnya lagi.

1MDB, Jho Low, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain