suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ku Li kekal Ketua Umno Gua Musang

KOTA BARU: Tengku Razaleigh Hamzah kekal sebagai Ketua Umno Bahagian Gua Musang selepas pencabarnya, Datuk Bazlan Baharuddin menarik diri di saat akhir.

Bazlan yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang, menarik diri daripada pemilihan itu pada Jumaat malam tanpa memberikan sebarang alasan.

Bazlan, 50, mencabar Tengku Razaleigh atau Ku Li pada pemilihan di peringkat Bahagian pada 2013.

Ku Li antara enam ketua bahagian di Kelantan yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Lima yang lain adalah Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (Kota Bharu), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Mohamed Zulkepli Omar (Kuala Krai).

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno yang baharu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga memenangi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh.

Ku Li antara lima calon bertanding presiden Umno termasuk bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ku Li, Umno, Gua Musang

Artikel Sebelum

Artikel Lain