suria

Najib persoal tindakan bekukan akaun Umno

Najib menaikkan bendera Umno ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan pada Sabtu. Foto: Bernama

PEKAN: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan membekukan akaun Umno dalam penyiasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika individu didapati terlibat, maka pasukan petugas 1MDB sepatutnya membekukan akaun mereka dan bukannya Umno.

"Umno tidak bersalah. Jika seseorang bersalah, ambil tindakan terhadap mereka, jangan lakukannya kepada parti.

"Umno perlu berfungsi, kita mempunyai tanggungjawab dan tugas. Kita perlu menjalankan semua bahagian kita," kata Najib ketika pembukaan mesyuarat Umno Pekan di sini, Sabtu (30 Jun).

Pada Jumaat  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa telah membekukan beberapa akaun bank individu dan organisasi, termasuk Umno dan parti politik lain.

Ia percaya individu dan organisasi terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB.

Dilaporkan bahawa SPRM telah membekukan kira-kira 900 akaun yang dikesan berkaitan 1MDB.

Akaun utama Umno adalah salah satu daripada yang dibeku.

Najib, 1MDB

Artikel Lain