suria

Zeti dilantik Pengerusi Kumpulan PNB baharu

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) baharu berkuat kuasa 1 Julai depan.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, PNB mengesahkan pelantikan tersebut yang merupakan susulan daripada persaraan Tan Sri Abdul Wahid Omar pada 30 Jun ini.

Lembaga Pengarah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) dan PNB mengalu-alukan pelantikan Zeti dan yakin dengan pengalaman beliau yang meluas akan terus memberi kepimpinan kukuh kepada Kumpulan PNB dalam mencapai mandat asasnya untuk memperkasakan kekayaan korporat demi manfaat rakyat Malaysia.

Zeti kini merupakan salah seorang Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diamanahkan untuk memberi nasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan.

Abdul Wahid dilantik sebagai Pengerusi PNB pada 1 Ogos 2016 selepas tempohnya sebagai senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berakhir.

Sebelum menyertai Kabinet, beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malayan Banking Bhd (Maybank).

Zeti Akhtar, PNB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain