suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Asean bakal jadi kenyataan dengan kerjasama Proton-Indonesia

JAKARTA: Usahasama antara Proton dan Indonesia untuk menghasilkan kereta Asean bakal dihidupkan semula selepas perbincangan dua hala antara Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari Jumaat.

Dr Mahathir berkata usaha itu telah dipersetujui pada tahun 2015 tetapi tidak menjadi kenyataan berikutan beberapa perkara yang tidak dapat diramal.

Proton dan PT Adiperkasa Citra Lestari menandatangani MoU yang menyatakan kedua-dua syarikat itu akan menjalankan kerjasama dalam kajian dan kebolehlaksanaa meneroka secara bersama.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Proton sebelum ini, berkata usaha sama itu dapat diperluaskan ke arah kereta Asean.

Mengulas kepada media selepas perbincangan dua hala di Istana Bogor dekat sini, Dr Mahathir mengimbas kembali mengambil membawa Jokowi bersama ketika  sesi uji memandu sebuah kereta Proton di Shah Alam semasa lawatan rasmi kedua pada tahun 2015.

"Saya merupakan seorang pemandu sesi uji memandu dengan trek yang pantas dan beralun. Saya bimbang ketika itu membawa presiden," ujarnya dalam nada bergurau diikuti gelak spontan Jokowi.

Jokowi menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak bimbang walaupun Dr Mahathir memandu sejauh 180 km sejam.

"Ia sangat pantas tetapi saya tidak takut kerana Bapak Tun Mahathir berada di belakang roda," katanya.

Dr Mahathir, Jokowi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain