suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi baru lahir dalam kotak

JEMPOL: Seorang lelaki terkejut apabila menemui sebuah kotak mengandungi seorang bayi perempuan yang diletakkan ditembok rumahnya di Bandar Seri Jempol, di sini, Sabtu.

Lelaki berusia 46 tahun menemui bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan cukup sifat itu ketika hendak keluar rumah ke kedai berhampiran kira-kira jam 9.20 pagi.

Ketua polis Daerah, Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, berdasarkan laporan awal, bayi perempuan itu ditemui berbaju merah jambu dan dibalut kain lampin.

“Kita percaya bayi tersebut ditinggalkan seseorang sebelum lelaki tersebut menyedari kotak mengandungi bayi berkenaan di tembok pagar rumahnya.

“Bayi tersebut ketika ini selamat dan dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut selain kes ini sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah,” katanya.-SinarHarian


bayi, kotak, Jempol

Artikel Lain