suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syahredzan Johan dilantik setiausaha politik Kit Siang

PETALING JAYA: Peguam Syahredzan Johan dilantik sebagai setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Dengan penuh gembira, DAP mengumumkan pelantikan Syahredan Johan sebagai setiausaha politik kepada ketua Parlimen dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang,” demikian menurut kenyataan parti itu.

Syahredzan merupakan lulusan dari Universiti Cardiff di Britain pada 2005 sebelum dipanggil ke Majlis Peguam England dan Wales.

Setahun kemudiannya, beliau kembali ke tanah air untuk berkhidmat bersama firma RamRais.

Beliau diperakui sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada bulan Oktober 2007.

Syahredzan dikenali ramai kerana kerjanya dalam kes hak asasi manusia dan undang-undang Perlembagaan.

Peguam berusia 35 tahun itu dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pelantikan sebagai Setiausaha Politik kepada Kit Siang merupakan jawatan parti dalam DAP.

"Saya masih seorang peguam bela dan peguam cara. Lantikan saya sebagai seorang Setiauasaha Politik adalah tugasan parti yang saya pegang dalam DAP," katanya.

Syahredzan Johan, DAP

Artikel Lain