suria

98 rumah di Seberang Perai Tengah ditenggelami air

Gambar hiasan.

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 98 rumah di beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Tengah, di sini dinaiki air selepas hujan lebih empat jam bermula tengah malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kawasan yang dilanda banjir itu adalah berpunca daripada hujan lebat, angin kencang berserta  ribut petir bermula 11.30 malam sehingga 3 pagi Sabtu dengan keadaan air pasang setinggi 2.4 meter pada 12.01 tengah malam Sabtu.

Hujan lebat  itu turut menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan dan 13 jalan turut dinaiki air bagaimanapun masih boleh dilalui kenderaan ringan.

Nik  Ros Azhan berkata 24 keluarga melibatkan 76 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat penempatan banjir iaitu di Dewan Orang Ramai Perda Timur 14, Pusat Penempatan Banjir Dewan JKKK Bukit Teh dan Dewan Orang Ramai Machang Bubuk.

Beliau berkata hujan mulai berhenti pada 3 pagi dan sehingga 6 pagi ini, air mulai surut di kebanyakan tempat. - Bernama

banjir

Artikel Lain