suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seri Bendahara bakal jadi hotel?

Seri Bendahara. Foto A Malex Yahaya/The Star

MELAKA: Seri Bendahara yang dibuka untuk lawatan orang ramai, mungkin menerima tetamu untuk penginapan.

Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan itu untuk menjadikan kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka sebagai rumah tamu atau hotel butik.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, keputusan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi selepas lawatan orang ramai ditutup pada 14 Jun ini.

Bilangan pelawat telah melepasi 10,000 orang sejak bangunan itu dibuka kepada umum selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Kebanyakan pelawat merupakan pelancong dari China.

Adly mendedahkan bahawa beliau akan menggunakan kuarters kerajaan di Peringgit di pusat bandar sebagai kediaman rasminya.

"Seri Bendahara tidak akan lagi digunakan oleh pentadbiran saya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Adly sebelum ini memberitahu Seri Bendahara dibuka kepada orang ramai untuk menunjukkan kepada mereka mengenai kemewahan pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

Beliau berkata, Seri Bendahara akan terus menerima pelawat meskipun terdapat dakwaan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidik mengenai kerosakan teruk yang berlaku pada bangunan tersebut.

"Seri Bendahara adalah milik kerajaan dan oleh itu ia milik Melaka. Saya tidak fikir mana-mana orang mahu fikir untuk merosakan harta-benda itu," katanya sambil menambah bahawa setakat ini hanya pasu bunga pecah dilaporkan.

Kamaruddin mengadu bahawa tandas dan perabot di kediaman itu dirosakkan oleh pengunjung.

Seri Bendahara, Adly Zahari

Artikel Lain