suria

Tommy tetap calon Peguam Negara

ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap dengan keputusan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara walaupun tidak mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan menyelesaikan isu itu berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan nasihat kerajaan.

"Kita berpegang kepada prinsip itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengerusi PH Kedai di sini, Ahad.

Dr Mahathir turut menafikan Thomas adalah penyokong dasar sekular dan mendapati tidak salah jika Thomas rapat dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan pernah mewakili beliau dalam isu rumah banglo yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Tiada perkara seperti itu," katanya ketika ditanya sama ada penolakan Thomas kerana beliau penyokong dasar sekular.

“Lim duduk dalam kerajaan dan menjadi Menteri Kewangan kenapa pula orang ini (Tommy) tidak boleh kalau dia berbaik dengan Guan Eng.

“Dia (Tommy) adalah peguam untuk semua orang dan peguam mengambil kes yang memberikan mereka pendapatan,” katanya.

Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan perbincangan khas berkenaan jawatan Peguam Negara pada Selasa ini.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu telah dikeluarkan pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.

Syed Danial berkata, ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantinya.

Tommy Thomas, Peguam Negara

Artikel Berikut

Armand tanding MT Umno

Artikel Lain