suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Armand tanding MT Umno

KUALA LUMPUR: Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, beliau akan bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti kali ini.

Menurutnya, pertandingan calon muka baharu dan lama perlu dalam memastikan Umno terus relevan.

“Bagi saya, kita tidak menolak pemimpin lama tapi sudah sampainya ruang dan peluang diberikan kepada pemimpin muda menerajui Umno,” katanya selepas majlis berbuka puasa Umno, malam Ahad.

Majlis Tertinggi Umno sebelum ini menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan Umno dan Wanita, Pemuda serta Puteri bermula pada 19 Mei sehingga 10 Jun ini.

Mesyuarat Umno di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat. - BERNAMA

MT Umno, Armand Azha Abu Hanifah

Artikel Sebelum

Artikel Lain