suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Irwan Serigar letak jawatan pengerusi LHDNM

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkuat kuasa 23 Mei lalu.

Sehubungan itu, kekosongan berkenaan akan diisi oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu yang akan dilantik kemudian.

Ia seperti yang termaktub mengikut Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995, kata LHDNM dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Khazanah Nasional Berhad dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan Irwan meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga juga pada 23 Mei lalu.

Sebelum ini beliau melepaskan kedudukannya sebagai ahli lembaga di Tabung Haji dan Bank Negara.

Irwan Serigar, LHDNM

Artikel Lain