suria

Anwar menghadap Sultan Selangor

Sultan Selangor (kiri) berkenan menerima menghadap Anwar. Foto Twitter @SelangorRoyal

PETALING JAYA: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis.

Ia sekali gus menjadikan kunjungan hormat Anwar dengan raja-raja selepas beliau dibebaskan pada 16 Mei lalu.

Pertemuan Anwar dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas mendapat pengampunan diraja sepenuhnya oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 11 Mei.

Menerusi status di halaman Twitter rasmi Pejabat Diraja Selangor, istana itu berkata, Sultan Sharafuddin berkenaan menerima menghadap pemimpin PKR pada pukul 11 pagi.

Turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Pada Selasa lalu, Anwar menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Minggu lalu, Anwar dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anak perempuan sulung mereka, Nurul Izzah ke Kota Bharu bagi menghadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Beliau turut menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sebelum ini, Anwar menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, sebaik dibebaskan.


Anwar Ibrahim, Sultan Selangor

Artikel Lain