suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Apa itu BR1M" tanya Tun M

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nada sinis berkata, beliau tidak tahu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Ketika ditanya pemberita mengenai BRIM, Dr Mahathir berkata:"Saya tidak tahu mengenai BRIM tapi kami ada bantuan sara hidup. Apa itu BRIM?."

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan BR1M.

Ditanya mengenai perbezaan bantuan sara hidup rakyat dengan BR1M, Dr Mahathir berkata bantuan diperkenalkan kerajaan PH itu amat berbeza.

“Memang berbeza... memang berbeza,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir sering mengkritik pemberian BR1M oleh kerajaan BN dengan menyifatkan ia sebagai rasuah.

Beliau mendakwa BR1M merupakan wang dari kerajaan dan jelas digunakan untuk memastikan rakyat mengundi parti kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Malah, katanya, BR1M bukan saja satu bentuk rasuah tetapi akan turut merosakkan minda rakyat.

BR1M, Tun M

Artikel Lain