suria

Kerajaan umum hadiah Aidilfitri

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan 'hadiah' sempena Adilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka merancang perbelanjaan bulan depan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Jemaah Menteri bersetuju memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM400 kepada penjawat awam bagi kategori Gred 41 ke bawah.

Malah beliau berkata bantuan sebanyak RM200 turut akan dinikmati pesara kerajaan.

Katanya, bantuan itu akan dibayar pada 6 Jun ini.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan potongan diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua lebuhraya bagi tempoh dua hari sebelum 1 Syawal.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, harga bahan api bagi RON 95 dan diesel akan dikekalkan, manakala RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.

Ketika ini, harga petrol RON95 kekal pada RM2.20 seliter manakala diesel pada RM2.18 seliter.

Harga RON97 pula ditetapkan pada RM2.47 seliter.

Berita gembira ini diumumkan Dr Mahathir pada sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

 

Tun M, bonus

Artikel Lain