suria

Restoran daun pisang di Bangsar diarah tutup

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran makanan daun pisang diarah tutup oleh Dewan Badaraya Kuala Lumpur disebabkan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih.

Notis penutupan restoran Raj’s Banana Leaf di Jalan Telawai diserahkan pada pagi Rabu.

Seramai 15 pegawai DBKL dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dilihat keluar masuk premis tersebut.

Difahamkan seorang kakitangan mewakili pemilik restoran itu disoal siasat di dalam premis tersebut.

Notis penutupan dikeluarkan dibawah Undang-undang Kecil Perlesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Chandrakant Patel berkata notis penutupan itu tidak jelas, sementara menunggu pemeriksaan kebersihan restoran dan kebersihan diri oleh pihak berkuasa.

"Ia akan mengambil sedikit masa (soal siasat) jadi kita akan berada di sini sehingga semuanya selesai," katanya.

Semalam, viral sebuah video di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran berkenaan mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Pihak pengurusan restoran berkenaan turut memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.

Seiring permohonan maaf itu, Raj’s Banana Leaf mengumumkan untuk menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangannya di Bangsar pada 31 Mei ini, dari 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Raj’s Banana Leaf

Artikel Lain