suria

Nasi goreng hanya RM2!

KANGAR: Dengan hanya RM2, anda boleh menikmati nasi goreng kampung telor goreng di Kopitiam Hai Eng, Jalan Jubli Perak.

Pemilik kedai kopi Tang Teng Hai,66, memasukkan beberapa ketul daging ayam dan hirisan kobis ke dalam nasi yang digorengnya itu sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

"Tidak perlu menjual makanan dengan harga yang mahal.

"Orang perlu menikmati makanan yang sedap tanpa membebankan mereka," ujarnya.

Teng Hai yang dibantu oleh isterinya yang berusia 65 tahun telah berniaga menu ini sejak 36 tahun dulu tanpa menaikkan harga.

Teng Hai mengehad menjual nasi goreng sebanyak 80 pinggan sehari.

Aktivis sosial Lam Pak Sam, 56, telah berkunjung ke kedai kopi itu  selama 20 tahun kerana harga hidangan dan memuaskan.

"Kebanyakan orang kenal kedai ini kerana hargannya," ujar Pak Sam.

Hai Eng Kopitiam dibuka bermula tengah hari sehingga pukul 2.30 petang setiap hari kecuali Ahad.

Nasi goreng kampung, RM2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain