suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Si cilik peminat Mat Sabu

Muhammad Rayyan (tenagh)dan Muhammad Haikal menunjukkan tandatangan Mohamad (kiri) yang berjaya diperoleh mereka.

KUALA LUMPUR: Selain popular dalam kalangan netizen, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga mula mempunyai peminat daripada kalangan kanak-kanak.

Muhamad Haikal Rawi dan Muhammad Rayyan Hakimi Mohd Rizman, 10,  tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan pemimpin idola mereka itu ketika Mohamad hadir dalam majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid kementah, Jumaat.

Bagi Muhammad Rayyan, dia mula mengenali Mohamad ketika melihatnya di kaca televisyen beberapa hari yang lalu.

“Mula-mula saya tengok dalam televisyen dan tanya mak siapa tu. Mak cakap itu lah Menteri Pertahanan yang baru dan sejak dari situ saya pasang impian untuk mendapatkan tanda tangannya.

“Lepas tu, ayah pula cakap hari ini menteri akan buka puasa di masjid. Jadi saya teruja datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, bagi Muhammad Haikal, dia menjadikan aktiviti mengumpul tandatangan pemimpin negara sebagai hobi yang dimulakannya sejak tahun lalu bersama Muhammad Rayyan.

“Satu buku saya sudah penuh dengan tandatangan pemimpin negara dan sekarang saya mahu cuba mendapatkan tandatangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula.

Dalam majlis tersebut, Mohamad turut menyampaikan bantuan sumbangan raya kepada 30 orang anak yatim dan anak asnaf daripada Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang.-SinarHarian















Mat Sabu, Haikal, Rayyan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain