Masa untuk bekerja, tiada lagi drama - Azlan - Semasa | mStar

Masa untuk bekerja, tiada lagi drama - Azlan

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man pada Jumaat memulakan tugas di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, walaupun berhadapan dengan krisis setelah pelantikannya sebagai menteri besar tidak dipersetujui wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang lain.

Beliau tiba di pejabatnya pada 10.10 pagi dan hanya memberi peluang seketika kepada pemberita untuk merakamkan gambarnya dan enggan membuat sebarang kenyataan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

“Masa untuk mulakan kerja, tiada lagi drama. Ada perkara pentadbiran yang perlu diselesaikan, kerja lebih, cakap kurang,” katanya ringkas.

Pada Khamis, Azlan, 60, yang merupakan Adun Bintong, dilantik sebagai menteri besar Perlis bagi penggal kedua selepas BN menang pada Pilihanraya Raya Umum ke-14 di negeri itu, 9 Mei lepas dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala parti Pakatan Harapan tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengumumkan cadangan memecat Azlan kerana didakwa tidak mendapat sokongan majoriti setelah sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Perlis menolak pelantikan itu. - BERNAMA

Azlan Man , MB Perlis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain