suria

Umno perlu guna saluran betul untuk dapat semula dana yang dirampas - Fuzi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menerima bungkusan kuih raya daripada Pemangku Pengerusi PERKEP, Puan Sri Shahriza Saad @ Mansor (kanan) pada Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM sempena Aidilfitri di Bukit Aman, Jumaat. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (kiri).

KUALA LUMPUR: Umno perlu menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan semula dana parti itu yang dirampas baru-baru ini kerana ia sebahagian siasatan kes 1MDB, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara itu berkata, sebarang dakwaan dan tuduhan berkaitan dana yang dirampas itu perlu mengikut undang-undang.

"Siasatan masih berjalan, kita perlu memastikan ia dapat dimuktamadkan dahulu.

"Sebarang tuntutan atau permohonan perlu menggunakan saluran betul," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pegawai polis pada Jumaat.

Umno meminta supaya dana parti itu yang dirampas polis dipulangkan semula kerana dalam proses untuk memindahkannya kepada kepimpinan baharu susulan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pasukan komunikasi Umno berkata, perlembagaan Umno membenarkan presiden untuk mendapatkan dan menguruskan dana parti, termasuk untuk pilihan raya umum.

Umno, Fuzi, 1MDB

Artikel Lain