suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib mengaku jadi penganggur

Najib ketika ditemuramah di kediamannya di Taman Duta di ibu negara. Foto: MalayMail

KUALA LUMPUR: Setelah kehilangan jawatannya sebagai perdana menteri dan meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau kini dalam fasa ‘persaraan’.

Dalam satu temuramah bersama Malay Mail, Najib sambil ketawa mengaku beliau kini seorang penganggur dan sedang menganggur.

Menurutnya, buat masa ini beliau mahu berehat dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sebelum memikirkan perihal negara.

Ditanya apakah rancangan selepas ini, Najib berkata, beliau tidak tahu namun akan melihat perkembangan dari semasa ke semasa.

Tolong beri saya masa, kerana masih awal lagi, tetapi saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk menyumbang kepada negara kerana negara ini memerlukan orang yang boleh memberikan buah fikiran, " katanya.

Najib mengekalkan kerusi Parlimen Pekan dengan meraih majoriti besar sebanyak 24,859 undi dalam pertembungan empat penjuru pada PRU14.

Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menjalankan pemeriksaan serentak sejak malam Rabu lalu di enam premis, iaitu Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta serta tiga unit kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.

Hasil pemeriksaan itu, polis merampas 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengarahkan Najib ke pejabat agensi anti rasuah itu Selasa depan untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.-SinarHarian

Najib, Taman Duta

Artikel Lain