Sirul akan dedah perkara sebenar di sebalik kematian Altantuya, jika... - Semasa | mStar

Sirul akan dedah perkara sebenar di sebalik kematian Altantuya, jika...

PETALING JAYA: Bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar (gambar) yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya Shariibuu berkata, dia sanggup mendedahkan perkara yang berlaku jika diberikan pengampunan penuh untuk kembali ke Malaysia.

Sirul.

Dalam temu bual bersama Malaysiakini, Sirul, 45, yang ditahan di Australia berkata, dia sanggup membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mencari penyelesaian terhadap kes pembunuhan yang membabitkan warga Mongolia itu pada 2006.

Dari pusat tahanannya di Sydney, Sirul memberitahu portal tersebut bahawa itu adalah syarat untuk pembebasannya kerana ramai yang melihat dia sebagai tahanan politik.

"Kes itu (Altantuya) adalah satu-satunya jenayah saya (dakwaan), saya tidak memiliki rekod jenayah sebelum insiden itu.

"Dengan itu, saya sanggup membantu kerajaan baharu untuk memberitahu apa sebenarnnya yang berlaku.

"Saya pernah berkhidmat untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan saya mahu menggunakan peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kemenangan PH.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana ingin melakukan perbicaraan semula," kata Sirul kepada portal itu.

Sirul turut meluahkan ketidaksenangannya ketika perbicaraan dijalankan dan berharap kes itu akan didengar semula.

Selepas disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan, Sirul berkata, dia telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan semakan semula tetapi mendakwa bahawa ia tidak pernah diteruskan.

Sirul juga merasakan terdapat stigma pada dirinya berhubung kes itu.

Sebagai pegawai polis, dan kemudian bertugas untuk Unit Tindakan Khas, Sirul berkata dia telah "menangkap dan membunuh orang di atas tuntutan tugasnya seperti yang diperintahkan".

Bapa Altantuya kelihatan sugul ketika berada di luar Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 28 September 2009.

"Saya melakukannya untuk negara kerana semuanya dilakukan di bawah arahan. Itulah cara unit ini berfungsi.

"Tetapi saya kecewa apabila orang menuduh saya, atau mengatakan sesuatu yang buruk tentang saya dan keluarga saya," katanya.

Sebagai polis di unit tersebut, ia terpaksa dibayar dengan dengan harga yang tinggi kerana terpaksa menceraikan isterinya pada tahun 2003.

Pada 2009, Sirul dan rakannya Azilah Hadri dituduh membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Rayuan meminda hukuman itu pada 2013.

Sirul terbang ke Australia di mana dia telah ditahan oleh Imigresen Australia selepas polis antarabangsa mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Dia berada di pusat tahanan itu sejak 2015.

Sirul , Altantuya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Najib mengaku jadi penganggur

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati