suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Robert Kuok hadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan minggu depan

PETALING JAYA: Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Robert Kuok dijangka tiba di ibu negara minggu depan bagi menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Tun Daim Zainuddin dalam temubual eksklusif bersama Nanyang Siang Pau yang mengetuai malis berkenaan.

Kata Daim, menerusi perbualan telefonnya dengan Kuok, ahli perniagaan itu mengesahkan akan tiba minggu depan.

"Robert Kuok mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam bidang perniagaan dan kewangan. Beliau juga mengetahui selok belok dalam industri komoditi, hartanah, hotel dan pelancongan.

"Sehubungan itu, cadangannya penting. Saya anggap beliau seorang yang serba boleh," kata Daim.

Kuok dinamakan antara lima anggota dalam majlis berkenaan, dua hari selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional.

Daim juga memaklumkan Kuok yang menetap di Hong Kong tidak akan lama di Malaysia.

Beliau berkata, sepanjang ketidakhadiran Kuok, Pengerusi Kumpulan PPB Bhd, Tan Sri Oh Siew Nam akan menggantikannya.

Kuok, Daim

Artikel Lain