suria

Polis buru lelaki tunjuk alat sulit kepada pelajar sekolah

Gambar hiasan.

NILAI: Seorang lelaki gila seks diburu polis apabila menunjukkan kemaluan kepada dua pelajar sebuah sekolah menengah di Desa Cempaka di Nilai, Rabu dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, berdasarkan laporan diterima, suspek yang berusia 30-an menggunakan taktik menghampiri pelajar perempuan dan berpura-pura mahu bertanyakan sesuatu.

"Kemudian dengan serta-merta dia melondehkan seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar.

"Selepas melakukan perbuatan tidak senonoh itu, suspek melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal berwarna kuning. Kejadian itu berlaku ketika mangsa pulang dari sekolah," katanya.

Sehubungan itu, orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai Asisten Superintendan Rashid Kassim di talian 012-5183594. - Sinar Harian

gila seks

Artikel Lain