suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Mahathir Sanggup Tanding Di Bawah Tiket DAP

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti politik dalam Pakatan Harapan termasuk DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubarkan.

Pengerusi PPBM itu berkata perkara itu antara pilihan yang sedang difikirkan susulan kemelut dalam partinya yang berdepan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"Saya terbuka, malah saya sedia bertanding untuk DAP, mungkin presiden DAP," katanya dengan sinis pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen pada Selasa.

Beliau diminta mengulas sama ada PPBM akan meletakkan calonnya dan bertanding menggunakan tiket rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang pada PRU14 jika parti itu dibubarkan.

Ditanya sama ada kemelut yang melanda PPBM itu menjadi halangan bagi pakatan itu pada PRU nanti, Dr Mahathir berkata:"Memang, jika mereka (RoS) tidak meluluskannya, akan jadi sukar, tetapi kami akan berkempen sebagai Pakatan Harapan.”

Baru-baru ini, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM mengkehendaki parti itu menyerahkan maklumat serta dokumen termasuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti kepada jabatan itu. -Bernama

Dr Mahathir, Pribumi, DAP

Artikel Sebelum

Artikel Lain